Friday 11 December 2015

Alhamdulillah.. 2014 telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan yang manis bersama anak-anak prasekolah yang tercinta..









2014 juga telah menjadi saksi beberapa kejayaan yang telah dirangkul oleh anak-anak prasekolah.. kejayaan mereka amat membanggakan.. tanpa sebarang harapan yang diberikan.. hanya usaha dan doa yang dipanjatkan kepada Ilahi.. Tanpa keizinanNYA pasti semua ini tidak akan berlaku.. berjaya atau tidak bukan menjadi ukurannya.. apa pun keputusan yang diterima dalam mana-mana pertandingan.. kami tetap menerimanya dengan hati yang terbuka.. apa pun yang terjadi mereka tetap menjadi kebanggaan kami.. we proud of u!

Tahniah kepada adik Adam b. Mohd Faizal yang berjaya menjadi JUARA Pertandingan Azan Karnival MTAQ Prasekolah Daerah Seremban 2014





Tahniah juga kepada Aniq Amsyar Syahmi yang berjaya menjadi Naib Juara Pertandingan Hafazan 
Karnival Prasekolah MTAQ Daerah Seremban 2014



Sekalung Tahniah juga kepada adik Nur Syaza Alyaa yang berjaya mendapat tempat ke -3 dalam pertandingan SMART SPELLER Karnival Bijal Prasekolah Daerah Seremban 2014









Tidak lupa juga kepada PASUKAN FUTSAL & BOLA JARING PRASEKOLAH SK TEMIANG walaupun pasukan bola jaring tidak melepasi peringkat kumpulan & pasukan futsal hanya berjaya ke pusingan ke 2, anda semua telah mencuba yang terbaik & sudah semestinya anda semua adalah yang terbaik!

Syukur ke hadratNya kerana dengan keizinannya beberapa kejayaan telah berjaya dirangkul... kejayaan ini amat mustahil untuk dikecapi jika tiada sokongan dari pihak pentadbir, guru-guru, ustaz & ustazah serta WARIS...

Kepada yang berjaya lipat gandakan lagi usaha... kepada yang kurang berjaya jangan mengalah dan teruskan berjuang !!! because we are striving to success!


































No comments:

Post a Comment