Saturday 9 February 2013

BUTANG BAJU TU SAYANG...

Sebelum ni dah pernah buat, tapi pakai baju saiz kanak-kanak. tapi kali ni ingat nak cuba pakai baju yang besar, baju yang bersaiz orang dewasa. resultnya, cukup menyeronokkan, almaklumlah ini pertama kali diorang dapat pakai baju orang dewasa. 

Tak perlu modal sebab anak-anak ni akan menggunakan baju cikgunya sendiri untuk aktiviti ni, cikgu lelaki macam saya ni memang takdo masalah la sobab ado banyak baju kemeja yang lamo-lamo tu. untuk cikgu perempuan kalau takdo baju sendiri, boleh la pakai baju husband atau baju ayah sendiri.. hehe.. tapi kalau dah takdo bona pakai ajolah baju anak-anak kito tu.. janji ado baju yang nak dibutang dek budak-budak ni.

 seronok budak-budak ni sebab dapat pakai baju cikgunya..

 sampai tak nampak tangan.. mano poie tangan abang? hehe

bergilir-gilir membutang baju rakan..


aktiviti selesai dengan jayanya, semua dapat merasa membutang baju secara bergilir-gilir... tahniah untuk semua geng prasekolah temiang 2...

Hari Pertama GENG PRASEKOLAH di Prasekolah SK Temiang... 2013

Hari pertama di Prasekolah SK Temiang cukup meriah, meriah dengan tangisan anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke sekolah. walaupun bukan semua yang menangis tapi ado jugak 3-4 orang yang menangis tak nak masuk kelas.

Maka berlakulah tarik menarik antara anak, ibu, ppm dan guru. Sepak, terajang, cakar-mencakar malahan ada yang nak menggigit kerana marahkan cikgu dan ppm yang nak kononya nak merampas mereka dari penjaga mereka.

Tambah-tambah lagi bila ramai parents yang duduk kt luar kelas, lagilah kuat meraung anak-anak comel ini. terpaksalah pintu grill dikunci, bila pintu grill dikunci ado pulak seorang murid yang agak agresif, memanjat dan menggegarkan pintu grill prasekolah. adoyai, alamat roboh la pintu grill tu.... gambar budak memanjek grill tak buleh disiarkan kerana terlalu ganeh. hehe

Takpolah, nak gegarkan grill ko, nak gigit ko, nak sepak  ko, nak pukul ko, cikgu tak kesah, janji korang masuk dan duduk dalam kelas, sobab cikgu pasti korang akan sonyap kojap laie.






Apa sebabnya budak-budak ni menangis? ada kemungkinan sebab aku ni cikgu lelaki dan mempunyai perwatakan yang agak garang sehingga menyebabkan murid takut. Mungkin jugak sebab budak-budak ni kurang pendedahan dengan dunia persekolahan dan mungkin jugak mereka belum bersedia lagi untuk ke sekolah.

Apa pun, Apa yang paling penting adalah kesabaran dan kena pandai pujuk budak-budak ni. Nasib baik lah PPM den kak ina banyak membantu, kalau tak mahu pocah lomak den dibuek eh. hehe... apa yang penting masa blog ni ditulis dah takdo laie budak yang menangis masa sampai di prasekolah. Alhamdulillah....


Inilah cabaran yang perlu diharungi oleh cikgu prasekolah lelaki yang berperwatakan garang seperti den. Apa pun yang berlaku p & p tetap diteruskan, sebab budak-budak ni adalah pewaris negara yang akan memacu negara pada masa hadapan.