Sunday 2 June 2013

CUCI BAJU TU SAYANG...

Dulu maso kocik-kocik, omak selalu suruh cuci baju sendiri tapi den cukup maleh nak basuh baju sendiri, almaklumlah maso tu (tahun 80an) tak banyak rumah yang ado mesin basuh. Bilo takdo mesin basuh ni kono lah cuci baju dengan tangan sendiri yo tak. Tak macam budak-budak nijam yang memang tak pernah merasa basuh baju sendiri. Buktinya, bila ditanya dengan semua geng prasekolah 1, semua kata tak pernah ada pengalaman mencuci baju sendiri.

So, dengan "bukti" yang cukup nyata yang mereka tak pernah basuh baju di rumah dan untuk mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu, saya adakan satu aktiviti mencuci baju tanpa menggunakan mesin basuh, semuanya "hands on" dengan bantuan ppm prasekolah 1 yang cukup mahir dan berpengalaman dalam bidang basuh-membasuh pakaian menggunakan tangan ni Pn Sarinah Pakeh Jasut.

Geng prasekolah 1 jangan ceritalah cukup bersemangat & teruja bila dimaklumkan yang mereka akan membasuh baju bukan dengan mesin basuh tetapi  dengan menggunakan tulang empat kerat mereka. 

Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :

1. Pakaian (mintak anak-anak kita ni bawa sehelai baju atau seluar ke sekolah), cikgu pun boleh jugak         sediakan pakaian ni, bawak ajo baju anak-anak kita yang dah tak pakai kt rumah tu. Jangan bawak baju bucuk yang belum dibasuh yo, naya budak-budak ni nak menggonyoh baju kotor tu nanti. hehe

2. Sabun, berus, baldi, air, kain penyidai.

3. Tulang empat kerat. hehe

Camno nak buek aktiviti ni? sonang bai tu...

 Mula -mula rendam dulu pakaian tersebut. Tu dia, pn sarinah sedang memberikan arahan yang penting kepada 3 orang geng prasekolah.

 Bilo dah rendam, apo laie berus la semua pakaian yang ada sampai bersih!

 Berkojolah kito sokueknyo.. hehe

berus-berus jugak, posing pun kena jugak...

 Dah siap berus, jangan lupa bilas baju sampai bersih dan sidai di ampaian yang telah disediakan 

 Sidai baik-baik ye sayang..

Wajah suci yang memaparkan betapa terujanya mereka menyidai baju yang dah telah dibilas.

Bila baju dan seluar semua dah diampai,
Maka aktiviti pun sudah selesai,
Jangan dilupa angkat jemuran diampai
Untuk dilipat beramai-ramai......

Saturday 1 June 2013

Berus gigi tu sayang...

Memberus gigi atau dalam Bahasa Indonesianya "sikat gigi" adalah satu aktiviti yang cukup disukai oleh geng prasekolah. Walaupun susah gak la nak laksanakan aktiviti ni setiap hari tetapi aktiviti ni perlu di buek selalu terutamanya selepas mamam pada waktu rehat. Budak2 ni memang goma boto menyikat gigi mereka ni, kok tak cayo cubo tengok gamba2 kek bawah ni... 

 gosok... jangan tak gosok....

 
tongah berkobar-kobar geng prasekolah ni
 
 sayangilah gigi anda!

 cuba tengok gigi sapo yang rongak?





Camtulah gayo-gayo luar biasa geng prasekolah SK Temiang bila disuruh "menyikat" gigi mereka. Tidak tergambar keseronokan mereka semua memberus gigi di tepi longkang prasekolah yang indah. Hehe. Terima kasih kepada geng jururawat klinik yang banyak membantu membimbing geng prasekolah SK Temiang untuk memberus gigi dengan betul.