Saturday 9 February 2013

BUTANG BAJU TU SAYANG...

Sebelum ni dah pernah buat, tapi pakai baju saiz kanak-kanak. tapi kali ni ingat nak cuba pakai baju yang besar, baju yang bersaiz orang dewasa. resultnya, cukup menyeronokkan, almaklumlah ini pertama kali diorang dapat pakai baju orang dewasa. 

Tak perlu modal sebab anak-anak ni akan menggunakan baju cikgunya sendiri untuk aktiviti ni, cikgu lelaki macam saya ni memang takdo masalah la sobab ado banyak baju kemeja yang lamo-lamo tu. untuk cikgu perempuan kalau takdo baju sendiri, boleh la pakai baju husband atau baju ayah sendiri.. hehe.. tapi kalau dah takdo bona pakai ajolah baju anak-anak kito tu.. janji ado baju yang nak dibutang dek budak-budak ni.

 seronok budak-budak ni sebab dapat pakai baju cikgunya..

 sampai tak nampak tangan.. mano poie tangan abang? hehe

bergilir-gilir membutang baju rakan..


aktiviti selesai dengan jayanya, semua dapat merasa membutang baju secara bergilir-gilir... tahniah untuk semua geng prasekolah temiang 2...

No comments:

Post a Comment